
Lima pemain regu ketiga sepak takraw Thailand yang bertindak memboikot aksi final acara berpasukan TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 tempoh hari bakal dihadapkan ke prosiding disiplin badan induk sepak takraw dunia tersebut.
Perkembangan terkini itu disahkan ISTAF dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan berhubung tindakan tidak profesional tersebut.
Regu ketiga Thailand yang beraksi pada ketika itu ialah Jakkrit Tinbangbon, Sittipong Khamchan (tekong) Phutawan Sopa (perejam) dan Wichan Temkort selaku pengumpan.
Skuad Thailand Dihadapkan Ke Jawatankuasa Disiplin
“Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang berlangsung petang semalam secara dalam talian dan dihadiri oleh sepuluh (10) wakil dari beberapa buah negara telah membincangkan secara terperinci insiden yang berlaku semasa Perlawanan Akhir Acara Berpasukan antara Thailand dan Malaysia dalam TM ISTAF Sepaktakraw World Cup Kuala Lumpur 2026 pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: