Kool FM

‘Boleh Untung Buat Bisnes Parking’ – Tanah Belakang Rembayung Untuk Dijual RM1.9 Juta


Sejak awal minggu ini, Rembayung menjadi topik bualan orang ramai selepas mengetahui Khairul Aming merupakan pemilik untuk perniagaan restoran yang bakal dibuka tahun hadapan.

Pempengaruh itu mengetengahkan restoran berkonsep kampung di tengah ibu kota di atas tapak tanah berkeluasan 8,000 kaki persegi di Kampung Baru.

Baca Juga:

Ramai menjangkakan kawasan itu akan bertambah sesak apabila restoran itu akan dibuka nanti.

Ditambah pula kekurangan kawasan tempat letak kereta di situ.

'Boleh Untung Buat Bisnes Parking' – Tanah Belakang Rembayung Untuk Dijual RM1.9 Juta
Sumber Gambar: Facebook Teha Rosli

Bagaimanapun orang ramai boleh mengambil peluang untuk menjadi pemilik bisnes tempat letak kereta apabila sebidang tanah betul-betul berada di belakang restoran Rembayung itu sedia dijual ketika ini.

Menerusi hantaran Facebook Teha Rosli, tanah berkeluasan 4,865 kaki persegi berstatus ‘Pegangan Bebas Rizab Melayu’ itu untuk dijual pada harga RM1.9 juta.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, kawasan tanah itu dipenuhi pokok dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version