Baru-baru ini, jaguh powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila berjaya menghadiahkan emas kedua buat Malaysia bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg). Kemenangan itu turut menyaksikan Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232kg yang dilakukannya pada percubaan ketiga. Menerusi Pagi On Point bersama Haiza dan Muaz, Bonnie kongsikan perjalanannya ke temasya terbesar dunia itu dianggap sukar susulan mengalami kecederaan.
View this post on Instagram
Bonnie berkata, “Semasa latihan dah pernah buat angkatan lebih daripada itu. Cuma masa berada di sana, saya dalam keadaan injured. Jadi, angkatan itu kurang sikit.”
Menurut jurulatih powerlifting para negara, Jamil Adam, sebelum berlepas ke Paris, Bonnie mampu melakukan angkatan seberat 240kg. Namun, apabila tiba di Paris dengan keadaan cuaca yang sejuk, memberikan impak kepada kecederaan yang dialami Bonnie. Oleh itu, barisan kejurulatihan mengambil keputusan untuk mengurangkan bebanan tersebut namun tetap mahu memastikan pingat emas berada dalam genggaman.

“Nak mempertahankan pingat emas itu lebih sukar daripada memenangi pingat emas.”
Bonnie akui tekanan yang dihadapi untuk mengekalkan pingat emas yang diraih sebelum ini di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sekaligus berkata misi untuk mempertahankan pingat emas lebih sukar berbanding memburu pingat itu. Beliau yang mengalami kecederaan pada bahagian upper chest berkata, sebelum ini sudah merasakan sakit pada bahagian tersebut dan mengalami bengkak.
Jurulatih negara, Jamil berkata, kecederaan yang dialami Bonnie berlaku semasa di Sukan Komanwel Birmingham dan mereka cuba untuk memberikan pemulihan yang terbaik sekaligus memastikan Bonnie dapat sembuh sepenuhnya. Beliau juga berkata, Bonnie hampir mengalah di Paris pada angkatan kedua yang dilakukannya susulan sudah merasakan sangat sakit ketika itu.
“Actually dekat Paris, angkatan kedua itu dia dah rasa painful. Dia rasa nak give up, tetapi kami push each other dan mengatakan ini for the last one untuk dapatkan rekod.”
Kata-kata tersebut memberikan motivasi buat Bonnie, dengan Jamil menyifatkan Bonnie sebagai seorang fighter, yang berjaya memecahkan rekod di pentas antarabangsa. Tambahnya lagi, Bonnie bukan hanya memecahkan rekod dunia miliknya tetapi berjaya mencatat rekod baharu temasya Sukan Paralimpik mengatasi rekod lama juga miliknya iaitu 228kg pada Tokyo 2020.
“Bonnie bukan sahaja break world record, dia break paralympic record.” – Jamil Adam
Muaz bertanyakan tentang bagaimana seorang yang bernama Bonnie Bunyau Gustin mula-mula menceburi bidang sukan powerlifting. Bonnie berkata beliau mengikut jejak ayahnya dan apa yang mengejutkan adalah ayahnya juga merupakan anak didik kepada jurulatih Bonnie iaitu Jamil Adam.
“Masa itu saya kecil lagi, ayah saya masih training dengan coach Jamil ketika itu. Angkatan pada awal yang saya dapat angkat waktu itu, ada lah dalam 50-60kg.”
Jamil berkata, beliau nampak potensi yang ada pada Bonnie dan mula menghantarnya untuk bertanding dalam kejohanan tempatan. Kini, segala usaha itu membuahkan hasil apabila Bonnie berjaya mencipta nama di persada antarabangsa.
“Saya trained ayah dia, saya trained abang dia dan saya tengok Bonnie interested dalam sukan ini. Fizikalnya memang mantap dan mentalitinya memang bagus.”

Ditanya mengenai sasaran Bonnie selepas ini, beliau berkata 4 tahun akan datang, beliau ingin mengekalkan pingat emas di Sukan Paralimpik Los Angeles 2028.
“4 tahun akan datang, saya nak mengekalkan gold medal saya.”
Kontinjen Malaysia menamatkan saingan di Sukan Paralimpik Paris 2024 di tangga ke-42 keseluruhan selepas meraih lima pingat, termasuk dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Paralympic Games
Dua pingat emas itu hadir menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam sukan powerlifting bagi kategori 72 kilogram dan juga badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Masing-masing akan menerima ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM1 juta.
Atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbangkan pingat perak bagi kategori F20 (kecacatan intelektual) serta Datuk Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual). Pingat gangsa tunggal pula dimenangi seorang lagi atlet olahraga, Eddy Bernard dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal).
View this post on Instagram