Site icon Kool FM

Bonucci Dedah Nama Calon Terbaik Kembalikan Maruah Itali

Bonucci


Leonardo Bonucci berpendapat bahawa Pep Guardiola sebagai calon ideal untuk mengetuai revolusi bagi pasukan kebangsaan Itali.

Bekas pertahanan legenda itu percaya pengurus Manchester City tersebut adalah satu-satunya individu yang mampu memodenkan skuad Gli Azzurri selepas kegagalan buat kali ketiga berturut-turut mereka untuk layak ke Piala Dunia.

Walaupun kejayaan di Euro 2020 memberikan lonjakan sementara, masalah ketidakstabilan prestasi serta isu struktur telah menyebabkan juara dunia empat kali itu terus tercari-cari identiti baharu di bawah kepimpinan generasi seterusnya.

Susulan dengan episod hitam itu Bonucci melihat pengendali Manchester City itu adalah sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengurus terdahulu Gennaro Gattuso.

Pendapat Bonucci Tentang Pengganti Gattuso

“Perkara paling penting adalah membina semula bola sepak Itali dari akar umbi, bermula dengan bahagian pertahanan,” ujar Bonucci menurut sumber laporan

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: