Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bos Toyota Indonesia Mengaku ‘Ketar-Ketir’ Susulan Malaysia Berpotensi Rampas Gelaran Raja Automotif ASEAN

today28 November 2025

Background
Bos Toyota Indonesia Mengaku 'Ketar-Ketir' Susulan Malaysia Berpotensi Rampas Gelaran Raja Automotif ASEAN


Malaysia kini dilaporkan berpotensi merampas takhta Raja automotif di ASEAN selepas perkara ini hangat dibincangkan oleh pemain industri Indonesia.

Memetik Detik.com, Indonesia, yang selama ini gah memegang gelaran Raja Automotif ASEAN, kini ‘ketar-ketir’ kerana jualan kereta tempatan merosot teruk pada tahun 2025 sehingga dibayangi ancaman Malaysia yang nyaris-nyaris merampas takhta jualan kereta terbanyak di Asia Tenggara.

Bos Toyota Indonesia Mengaku 'Ketar-Ketir' Susulan Malaysia Berpotensi Rampas Gelaran Raja Automotif ASEAN
Sumber Gambar: Tribunnews

Wakil Presiden Direktur PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Bob Azam, nampaknya sedang berada dalam mood ‘panik’ apabila beliau secara terbuka meluahkan kebimbangan terhadap masa depan industri automotif Indonesia.

Indonesia yang selama ini selesa memegang gelaran Raja Automotif ASEAN kini diancam.

Menurut Bob Azam, beliau sangat berharap jualan kereta di Indonesia untuk tahun ini kekal mencapai paras 800,000 unit.

Kenapa angka ini penting? Kerana, Bob Azam memberi amaran tegas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post