Site icon Kool FM

Bosnia Hantar Pulang Qatar, Dan Intai Peluang Ke Kalah Mati

Bosnia


Bosnia-Herzegovina menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Qatar 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Seattle.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Sergej Barbarez menamatkan saingan kumpulan dengan empat mata, manakala Qatar tersingkir tanpa sebarang kemenangan.

Beraksi dalam perlawanan wajib menang, Bosnia mempamerkan pendekatan lebih agresif sejak wisel permulaan. Mereka menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang sebelum akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-29 menerusi rembatan jarak jauh menakjubkan Alajbegovic yang gagal diselamatkan penjaga gol Qatar.

Lima minit kemudian, Bosnia menggandakan kelebihan apabila pertahanan Qatar, Albrake, tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang serangan lawan. Bosnia kelihatan selesa mendahului 2-0, namun Qatar berjaya merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa menerusi kapten berpengalaman mereka, Hassan Al Haydos,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version