
Ahli perniagaan, Nedim Nazri atau mesra disapa Boss Ned dilihat semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama pelakon, Nadia Brian.
Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Bersama Nadia Brian Dengan Kapsyen Romantis, Netizen Perasan Nora Danish ‘Like’
Berpegangan tangan


Terbaharu, Boss Ned memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dirinya dan Nadia saling berpegangan tangan di sebuah lokasi.
Dalam foto tersebut, Boss Ned tampil ringkas dengan persalinan serba hitam, manakala Nadia mengenakan baju berona merah.
Tanpa kapsyen panjang, Boss Ned hanya menitipkan ayat ringkas namun sarat makna indah iaitu “awak ialah insan istimewa di fikiranku”.
Lebih menarik perhatian, gambar berkenaan dirakam oleh aktres Tiz Zaqyah.
Terdahulu, Nadia mengakui bahawa hubungannya bersama Boss Ned masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi, selain memohon agar semua pihak termasuk peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sumber: Instagram
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: