PETALING JAYA – Boustead Plantations Berhad mencatatkan untung sebelum cukai dan zakat berjumlah RM7 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023, berasaskan hasil berjumlah RM401 juta.
Penurunan ketara harga produk sawit, yang mempengaruhi penilaian stok akhir dan buah tandan segar menyebabkan keuntungan Kumpulan menyusut dalam tempoh yang dilaporkan.
Harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi tempoh enam bulan yang dilaporkan ialah RM3,971 setan metrik (MT), iaitu penyusutan 37 peratus berbanding RM6,327 MT yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Harga purata isirung sawit (PK) juga mengalami penurunan ketara sebanyak 50 peratus kepada RM2,118 MT.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fahmy Ismail berkata, pengeluaran dijangka meningkat pada suku ketiga 2023 berikutan trend bermusim , manakala masalah kekurangan buruh juga semakin reda.
Tambahnya, taburan hujan yang lebih rendah mewujudkan persekitaran yang lebih sesuai untuk penuaian, meskipun fenomena El Nino…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: