Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pelakon yang juga ahli perniagaan, Boy Iman dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu.
Artikel Berkaitan:
Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, Norazah Sahud, 51, Norzana Rapie, 51, dan Nor Azmi Jantan, 49, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.
Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: