Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Boy Iman Dihadapkan Ke Mahkamah, Nafi ‘Scam’ Vendor Festival Raya

today25 April 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pelakon yang juga ahli perniagaan, Boy Iman dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, Norazah Sahud, 51, Norzana Rapie, 51, dan Nor Azmi Jantan, 49, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Shah Firdaus puas hati biarpun terlepas gangsa

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom nyata berpuas hati dengan pencapaian yang diraihnya pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Milton, Kanada baru-baru ini.

today25 April 2023