Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bradley Barcola Sertai Liverpool Dari PSG Dengan Harga £123 Juta

today31 August 2026

Background


Liverpool akhirnya melengkapkan pembelian termahal mereka pada jendela perpindahan musim panas ini selepas mengesahkan ketibaan penyerang Perancis, Bradley Barcola dari Paris Saint-Germain.

Ianya selepas satu proses rundingan agak panjang melibatkan Liverpool dan PSG.

Barcola menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan boleh mencecah £123 juta, menjadikannya antara pembelian termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Liverpool membayar £106 juta sebagai bayaran awal, manakala £17 juta lagi bergantung kepada beberapa klausa tambahan.

PSG pada awalnya meletakkan harga sekitar £145 juta untuk pemain berusia 23 tahun itu. Namun Liverpool berjaya meminta harga yang lebih rendah sebelum kedua-dua kelab mencapai persetujuan.

Barcola telah menandatangani kontrak selama lima tahun di Anfield dan menjadi pemain baharu kelima Liverpool pada musim panas ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post