SEPANG – Syarikat katering dalam penerbangan, Brahim’s Holdings Berhad (BHB) bersedia mempertimbang untuk melepaskan 70 peratus kepentingan dimiliki dalam Brahim’s Food Services Sdn. Bhd. (BFS) bagi membantu anak syarikatnya menstruktur semula kedudukan kewangan.
Menurut Pengerusi Eksekutif BHB, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, BHB telah memulakan rundingan bersama beberapa buah syarikat tempatan sejak beberapa minggu lalu mengenai perkara tersebut.
“Beberapa buah syarikat telah mengambil pendekatan untuk mengadakan pertemuan dan rundingan sejak tiga minggu lalu untuk pengambil alihan.
“Apa yang saya boleh katakan, kami masih berada di peringkat rundingan (dan) masih tiada keputusan dibuat setakat ini. Kami jangka untuk buat keputusan (mengenai rundingan) itu secepat mungkin,” katanya menerusi sesi soal jawab bersama media di sini hari ini.
Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak pernah hilang 30 peratus pegangannya sejak 2003 dan kedudukan mereka adalah kekal memegang saham…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: