
Brazil meraih kemenangan pertama mereka di Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Haiti 3-0 dalam aksi Kumpulan C di Lincoln Financial Field, sekali gus meletakkan diri dalam kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati.
Selepas sekadar seri 1-1 dengan Maghribi dalam perlawanan pembukaan, skuad bimbingan Carlo Ancelotti tampil dengan aksi lebih meyakinkan dan mendominasi permainan sejak wisel pertama dibunyikan.
Tekanan berterusan Brazil akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-23 apabila Matheus Cunha – bermain peranan false no.9 – membuka jaringan selepas memanfaatkan situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti Haiti.
Penyerang itu sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Haiti apabila menggandakan kelebihan Brazil pada minit ke-36 menerusi penyudah tenang selepas menerima hantaran kemas daripada rakan sepasukan.
Brazil menambah derita lawan menjelang tamat separuh masa pertama apabila Vinicius Junior mencetak gol ketiga pada masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
