Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Brek Mengejut Sehingga Penunggang Motosikal Jatuh Cedera, Tindakan Pemandu Kereta Ini Undang Pertikaian Ramai

today22 August 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Satu kejadian kemalangan berlaku di Jalan Syed Putra berhampiran Lebuhraya Persekutuan dua hari lalu telah mengundang pertikaian netizen.

Menerusi rakaman video dashcam yang dikongsikan oleh Facebook Huey Tze Lai, insiden itu bermula apabila penunggang motosikal seperti marah sambil membuat isyarat tangan seakan meminta kereta yang berada di kirinya diperlahankan.

Tidak mengendahkan penunggang motosikal tersebut, pemandu kereta secara tiba-tiba memintas motosikal dan membuat brek mengejut di hadapannya.

Oleh kerana tindakan itu berlaku sekelip mata,  penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta terbabit.

Sejurus penunggang motosikal jatuh tersembam di atas jalan raya, pemandu kereta terbabit memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut Huey Tze, selepas kejadian itu berlaku dia segera keluar daripada keretanya dan memberikan bantuan awal kepada mangsa.

“Saya pergi dan memeriksa penunggang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Thaksin terus dihukum penjara 8 tahun

Bangkok: Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, selepas beliau tiba di negara ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 August 2023