Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BSN MyRinggit-i Banjir agih bantuan lebih RM221 juta

today27 January 2022

Background


PETALING JAYA – Bank Simpanan Nasional (BSN) meluluskan 22,887 permohonan bantuan BSN MyRinggit-i Banjir dengan nilai pinjaman le­bih RM221 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bantuan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada mangsa banjir dan permohonan masih dibuka sehingga 31 Januari ini.

“Mereka yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web BSN dan mengemukakan dokumen yang lengkap serta sahih.

“Dokumen tersebut adalah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada Pegawai Daerah atau Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) atau laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.

“Permohonan yang telah diterima sebelum 31 Januari 2022 akan diproses bagi meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Selain itu, jelasnya, pelanggan BSN masih boleh mendapatkan bantuan lain yang ditawarkan.

Ia termasuk penangguhan ansuran bulanan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Lepaskan Zii Jia, BAM berhak tuntut lebih dana

Kuala Lumpur: Selepas jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat restu untuk dibebaskan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mempunyai hak untuk meminta dana daripada kerajaan dan berkongsi keuntungan di atas penajaan tinggi yang diperoleh pemain berkenaan.

today27 January 2022