Site icon Kool FM

Buang Sampah Atau Meludah Merata-Rata, Kompaun RM2,000 Menanti!

Kuala Lumpur


Kuala Lumpur bakal lebih bersih bermula 1 Januari 2026, apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempergiat penguatkuasaan terhadap mereka yang membuang sampah atau meludah di tempat awam.

Menurut sumber laporan BH Online, bukan setakat kompaun sehingga RM2,000, malah pelaku juga boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.

Baca Juga:

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Dr Nor Halizam Ismail berkata langkah tersebut selari dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Operasi antipembuangan sampah dan larangan meludah akan dijalankan secara berkala khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

Ke Arah Kuala Lumpur Lebih Bersih

“Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan.”

“Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version