Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buat Aksi ‘Drift’ Semasa Polis Buat Operasi, Influencer TikTok Direman 2 Hari

today29 September 2024

Background
Buat Aksi 'Drift' Semasa Polis Buat Operasi, Influencer TikTok Direman 2 Hari


Seorang influencer Tiktok direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan selepas ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, malam semalam.

Memetik Harian Metro, Majistret, M Yegeshweriy membenarkan perintah reman itu dikeluarkan terhadap lelaki terbabit yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang, pagi tadi.

Baca Juga:

Difahamkan influencer yang memiliki 1.5 juta pengikut di platform TikTok itu turut ditahan ketika melakukan aksi ‘drift’.

Perintah reman sama turut dikeluarkan terhadap 14 lelaki lain.

Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta di lokasi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post