Gara-gara membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang wanita Palestin tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Wanita yang dikenali sebagai Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabbah menyatakan rasa kekesalan atas tindakan keterlaluan pada tempoh hari lalu. Terangnya lagi, dia hilang kawalan kerana bimbang akan keadaan anaknya yang masih berada di Gaza dan gagal dihubungi.

“Saya minta maaf dan sangat menyesali apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Allah SWT bahawa saya tidak buat dengan sengaja. Kami sedang melalui situasi dan keadaan sangat sulit yang hanya Allah tahu.
“Saya adalah ibu kepada tiga anak syuhada (anak syahid). Selain itu, sudah seminggu saya tidak boleh hubungi anak-anak saya (yang masih berada di Gaza)… tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa mengenai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
