Antara kes yang buli siber yang berlaku di Malaysia termasuklah apabila pelumba dari Jepun, Shinji Nakano menerima tempias ‘tentera bawang’ negara ini selepas terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.
Akibat daripada insiden itu, ribuan ‘tentera bawang’ daripada pengguna media sosial negara telah membanjiri ruangan komen atlet Jepun berkenaan.
Malah, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet tersebut.
Selain itu, perkara sama turut berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.
Insiden yang sama pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: