Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada petang semalam tular satu rakaman video dashcam sebuah kenderaan melanggar van berwarna putih yang secara tiba-tiba membuat pusingan-U. Dalam situasi panik, pemandu wanita itu segera memberhentikan kenderaan untuk melihat keadaan anak kecilnya yang sedang menangis berteriakkan.
Terbaharu, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata kemalangan berlaku apabila seorang lelaki warga Myanmar berusia 33 tahun dari arah Desaru-Senai berbuat demikian dan menyebabkan sebuah kereta Honda HR-V yang dipandu seorang wanita berusia 29 tidak sempat mengelak.
“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu van itu selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut dan membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan kerana hendak bergerak ke kilometer 60 untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, kereta terbabit mengalami kerosakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
