Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, dua pengarahnya, Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan, 33, yang mewakili syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Mahkamah telah memerintahkan mereka bakal dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Bagi meringankan beban, mahkamah turut membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.
Mengikut tiga pertuduhan, syarikat itu mengaku bersalah atas tuduhan, sebagai majikan utama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: