
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh longkang ketika hujan lebat di Lorong Cakera Purnama 12/27, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, pada petang semalam.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.47 malam.
Baca juga: Padah Cuba Main Buaian Kanak-Kanak, Wanita Tersangkut & Terpaksa Minta Bantuan Bomba
BUDAK 10 TAHUN JATUH LONGKANG, OPERASI SAR MASIH DILAKUKAN

Susulan itu, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba dimaklumkan oleh orang awam bahawa mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang kira-kira jam 3.30 petang sebelum dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat yang melanda kawasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: