
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat kecederaan parah selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh ibu kandung dan teman lelakinya di Thornaby, England.
Maut didera ibu kandung, kekasih


Mangsa, Isabelle Rose Welsh, meninggal dunia pada 14 September tahun lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah mereka. Bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami 21 tulang patah di beberapa bahagian badan, 97 kecederaan tisu lembut serta tanda-tanda serangan seksual.
Ibu mangsa, Alexandra Walker, 25, dan teman lelakinya, Harrison Simpson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh, melakukan serangan seksual, menyebabkan atau membiarkan kematian serta pengabaian kanak-kanak.
Menurut pihak pendakwaan, beberapa petanda awal sebenarnya telah wujud sebelum kematian Isabelle. Sebelas hari sebelum tragedi, mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami patah kaki, namun dibenarkan pulang selepas berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan pasukan perubatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: