KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan lebih tujuh jam di dalam kereta di Ara Damansara, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.49 petang selepas ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di rumah.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati pada 7 pagi hari yang sama, ibu bayi itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika berhampiran untuk menghantar kanak-kanak perempuan itu.
“Apabila sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa terus pulang ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
— LAGI
BAYI-MAUT 2 (AKHIR) KUALA…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: