Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji

today9 October 2021

Background


Sejak dua hari lepas, satu Malaysia memberikan pelbagai reaksi apabila melihat beberapa gambar dan video kereta polis baharu BMW M3 yang tular di serata platform media sosial.

Memetik laporan Astro Awani, pihak PDRM masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (Proof Of Concept/POC) selama dua minggu sebelum membuat keputusan untuk membeli lima jenis kenderaan yang terdiri sebuah BMW M3, dua buah BMW X3 dan dua buah Volkswagen Tiguan.

“PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian.

“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Berita Harian pula, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata dalam tempoh dua minggu ini kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post