Site icon Kool FM

‘Bukan Betik’ – FRIM Sangkal Dakwaan Netizen ‘Buah Kebangsaan’ Malaysia

'Betik Bukan Buah Kebangsaan Malaysia' – FRIM


Umum ramai mengetahui Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, sementara Pokok Merbau sebagai pokok kebangsaan Malaysia.

Bagaimana pula dengan buah kebangsaan negara?

Menerusi hantaran netizen, ramai menyatakan buah Betik sebagai buah kebangsaan negara.

 

 

Namun pendapat netizen disangkal oleh Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

“Betik (papaya) bukan buah kebangsaan. Info ini kurang tepat. Untuk makluman, Malaysia hanya ada pokok dan bunga kebangsaan yang rasmi; tiada buah kebangsaan.

“Jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang belum disahkan di media sosial,” kongsi FRIM.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: