Kool FM

Bukan Biasa-Biasa, iPhone & iPad Kini Diiktiraf NATO Sebagai Peranti Paling Selamat


Era keselamatan digital kini memasuki fasa baharu apabila peranti pintar kegunaan harian, Apple iPhone dan iPad, secara rasminya menjadi peranti pengguna pertama yang diluluskan untuk mengendalikan maklumat terperingkat NATO.

Pengiktirafan ini membolehkan peranti berkenaan digunakan untuk menguruskan data pada tahap “NATO Restricted” tanpa memerlukan sebarang perisian khas atau pengubahsuaian tambahan, sekali gus membuktikan kekuatan sistem keselamatan yang dibina secara asli oleh Apple.

Bukan Biasa-Biasa, iPhone & iPad Kini Diiktiraf NATO Sebagai Peranti Paling Selamat
Sumber Gambar: eurasiareview

Kelulusan bersejarah ini melibatkan peranti yang menjalankan sistem operasi terbaharu, iaitu iOS 26 dan iPadOS 26. Sebelum diperakui untuk kegunaan seluruh negara anggota NATO, peranti-peranti ini telah menjalani penilaian keselamatan yang sangat ketat dan komprehensif oleh Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI).

Ujian tersebut merangkumi analisis teknikal yang mendalam terhadap platform Apple bagi memastikan ia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version