Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan ‘CEO’ Tapi Staf Salon Di Kuala Lumpur Ini Mampu Raih RM58,000 Sebulan

today27 November 2025

Background
Bukan 'CEO' Tapi Staf Salon Di Kuala Lumpur Ini Mampu Raih RM58,000 Sebulan


Bila sebut gaji lima angka, kita sering membayangkan seseorang itu mestilah berpangkat besar di dalam syarikat MNC atau mempunyai bisnes yang hebat.

Namun, sebuah hantaran media sosial baru-baru ini telah mencetuskan perbualan hangat selepas ia didakwa memaparkan pendapatan bulanan luar biasa seorang kakitangan di sebuah pusat penjagaan rambut terkemuka di Kuala Lumpur.

Jumlah yang dicatatkan? RM58,363.50 dalam masa sebulan—angka yang jauh melangkaui gaji asasnya yang hanya sekitar RM3,000.

Hantaran itu, yang dikongsikan oleh seorang netizen yang dipercayai perancang kewangan, menyertakan slip gaji yang menunjukkan bahawa komisen jualan pekerja tersebut sahaja berjumlah lebih daripada RM39,000 dipetik dari laman Says.

Bukan 'CEO' Tapi Staf Salon Di Kuala Lumpur Ini Mampu Raih RM58,000 Sebulan
Sumber Gambar: Says

“Cuba tengok slip gaji ni! Jumlah pendapatan RM58,363.50!”

“Memang tak masuk akal! Dan dia bukannya CEO, dia hanyalah staf di pusat penjagaan rambut! Komisen jualan dia sahaja dah melebihi RM39,000!”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post