Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan Kes Rompak, Rupanya Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Di Tengah Jalan

today2 June 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Polis menahan tiga lelaki dipercayai diupah along bagi merampas kereta milik seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat dekat kawasan Mak Mandin, Butterworth.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan Berita Harian, tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan semalam di kawasan Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata tangkapan itu susulan video tular memaparkan dakwaan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang individu didakwa disamun.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta dan pakaian yang dipakai oleh ketiga-tiga suspek dan ketika ditahan kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata, siasatan yang dijalankan ke atas suspek mendapati mereka diupah oleh seorang pemberi pinjaman wang untuk merampas kereta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post