
Rakyat Malaysia yang merancang untuk ‘healing’ ke Thailand mungkin perlu menyediakan bajet lebih selepas ini.
Destinasi yang terkenal dengan jolokan syurga percutian murah itu kini dilaporkan sedang mengubah strategi secara drastik selepas kerajaan Thailand kini membuat keputusan penting untuk mengutamakan jumlah perbelanjaan pengunjung berbanding bilangan yang hadir.
Pada tahun ini, negara Asia Tenggara tersebut hanya menyasarkan kira-kira 33 juta pelancong asing, satu angka yang jauh lebih rendah berbanding hampir 40 juta ketibaan yang direkodkan pada tahun 2019.
Sekiranya angka ketibaan ini tidak mencapai rekod tahun lepas iaitu 32.97 juta, ia akan menandakan kemerosotan tahunan berturut-turut pertama bagi Thailand sejak sekurang-kurangnya tahun 1995, di luar tempoh pandemik.
Pada masa ini, pelancong membelanjakan sekitar purata AS$1,500 (~RM6,141) untuk setiap lawatan. Pihak berkuasa meletakkan sasaran agar angka perbelanjaan ini akhirnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
