Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bukan Masak Semula, Cuci Untuk Bagi Haiwan Jalanan Makan’ – Pemilik Kedai Nasi Kandar

today8 February 2026

Background
Cuci Baki Makanan Untuk Masak Semula, Kedai Nasi Kandar Diarah Tutup 14 Hari


Pemilik sebuah restoran nasi kandar tampil menafikan dakwaan kedainya mencuci semula sisa makanan untuk dimasak semula, petik Berita Harian.

Menurut pemiliknya, Datuk Fadzil A Bakar berkata tindakan itu sebenarnya dilakukan untuk mengasingkan minyak dan rempah-ratus sebelum diberikan kepada haiwan jalanan.

Baca Juga:

Pada masa sama mustahil untuk menjual semula sisa makanan kepada pelanggan kerana ia akan cepat basi.

“Makanan itu akan rosak dengan cepat dan pelanggan pasti dapat mengesannya. Kami bukan baru dalam industri ini. Mungkin orang lain lakukan, tetapi kami tidak pernah melakukan perkara sedemikian,” katanya.

Tambah beliau, seorang lelaki mengunjungi restoran itu sejak beberapa tahun lalu untuk mengumpul sisa makanan untuk memberi makan kepada haiwan jalanan seperti kucing dan burung.

Lelaki tersebut turut meminta agar makanan itu dibasuh terlebih dahulu untuk membuang minyak kerana ia boleh menyebabkan penyakit kulit kepada haiwan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Tayar lori pecah sebabkan 28 kenderaan kemalangan

Erfurt, Jerman: Tayar pecah secara mengejut daripada sebuah lori yang sedang bergerak di lebuh raya A9 di tengah Jerman mengakibatkan kemalangan besar melibatkan 28 kenderaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 February 2026