Pemimpin komuniti pelarian Myanmar meletakkan harapan tinggi terhadap Malaysia agar dapat membantu meleraikan krisis kemanusiaan tidak berkesudahan di negara mereka.
Memetik Harian Metro, komuniti tersebut bergantung harap pada Malaysia kerana negara ini merupakan Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Baca Juga:
Sehubungan itu Malaysia mempunyai ‘platform keemasan’ untuk memberikan tekanan kepada junta tentera Myanmar agar menghentikan kekejaman dan mencari jalan penyelesaian damai.
“Junta tidak peduli dengan tekanan Asean sebelum ini. Tetapi di bawah kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi, kami nampak ada pergerakan dan harapan baru.
“Kami harap Malaysia dapat menggunakan masa yang ada untuk meletakkan asas dasar yang kukuh bagi penyelesaian isu ini,” kata Pengerusi Alliance of Chin Refugees (ACR), James Bawi Thang Bik.
Tambahnya lagi, matlamat utama mereka sebagai pelarian di negara ini bukanlah untuk menjadi warganegara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: