
Bila sebut Malaysia, salah satu makanan yang selalu menjadi sebutan oleh pelancong sudah semestinya Nasi Kandar. Walaupun memang diakui kesedapannya, ada yang merasakan ia sudah membosankan dan mahukan kelainan.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan influencer dari Indonesia yang sedang menerokai juadah masakan Melayu tradisional yang ditawarkan di sebuah restoran di tengah-tengah kota bandar Kuala Lumpur.
“Di Malaysia, kamu cuma makan nasi kandar? Aduh sangat rugi. Cuba makan makanan Melayu pula,” ujar di awal video.
Difahamkan restoran Kampung Lah benar-benar bakal memberikan pengalaman makanan Melayu tradisonal yang asli sejak turun-temurun.
Pelbagai juadah yang dicubanya termasuk siput sedut dan batang keladi, kerabu, sambal udang harimau, ulam segar, tempoyak, ikan masin, daging batang pinang salai dan daging masak kicap.
Di saat sedang merakam babak mencuba kuih lepat pisang, dia langsung menitiskan air mata kerana tekstur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: