
Usaha membina masyarakat yang lebih inklusif tidak boleh terhenti pada kesedaran semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan tindakan berterusan, kerjasama pelbagai pihak dan sistem sokongan yang mampan.
Atas komitmen tersebut, UNITAR Education Group secara rasmi melancarkan Karnival Neurodivergen UNITAR 2026, sebuah inisiatif nasional selama tiga hari yang memberi fokus kepada pendidikan inklusif, kebolehpasaran kerja serta sokongan komuniti untuk individu neurodivergen.
Berlangsung dari 11 hingga 13 Jun 2026 di kampus UNITAR Kelana Jaya, karnival ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, pendidik, keluarga, NGO serta rakan industri dalam usaha bersama membina masyarakat yang lebih mudah diakses dan inklusif.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Puan Anfaal Binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor, dan turut dihadiri oleh YB Senator Isaiah Jacob, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Komanwel Orang Kurang Upaya.
Menurut YB Puan Anfaal, usaha…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: