Bekas Ketua Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyatakan penganjuran acara mega seperti perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1 GP) penting untuk daya saing dan kedudukan global Malaysia.
Bagaimanapun menganjurkannya semula memerlukan strategi nasional yang diselaraskan dengan baik, petik Bernama.
Baca Juga:
Beliau yang mengetuai SIC dari 2008 hingga 2020, berkata penganjuran F1 GP tidak seharusnya dilihat hanya sebagai perbelanjaan tahunan yang menelan kos RM300 juta, tetapi sebagai pelaburan jangka panjang dengan pulangan ekonomi yang luas.
“Ia bukan hanya tentang kos. Ia tentang impak ekonomi yang dibawa oleh acara mega. Semasa kami mula-mula membawa F1 GP pada 1999, tujuannya adalah untuk meletakkan Malaysia di peta global,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon baru-baru ini.

Penganjuran F1 GP di Malaysia hiatus
Menurut beliau lagi, negara menarik diri daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: