
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan (LP) menegaskan bahawa pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober ini, bertujuan khusus untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran murid dan membolehkan intervensi awal dilaksanakan.
Langkah ini diperkenalkan bukan untuk membandingkan pencapaian antara murid mahupun meletakkan ranking kepada sekolah, petik The Star.
Mengenal Pasti Jurang Pembelajaran Lebih Awal
Pengarah Lembaga Peperiksaan, Ab Aziz Mamat, menjelaskan bahawa pentaksiran ini dilaksanakan berasaskan konsep pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning).
Pendekatan ini memberi peluang kepada guru, sekolah, dan ibu bapa untuk mengenal pasti tahap penguasaan serta jurang pembelajaran murid sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan menengah.
“Apabila kita menilai murid di peringkat Tahun 4, kita mempunyai peluang dan ruang untuk membantu mereka apabila…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
