Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kerajaan Mesir telah mengumumkan penemuan ‘Book of the Dead’, helaian papirus sepanjang 9 meter yang ditemui bersama-sama dengan ratusan mumia dan patung gangsa di kompleks arkeologi Saqqara, selatan Kaherah, 30 Mei lalu semasa misi mencari makam Imhotep, Dewa Perubatan dan arkitek Mesir Purba, lapor The Washington Post.
Terdapat 250 sarkofagus dan 150 patung dewa Mesir Purba seperti Anubis, Bastet, Osiris, Amunmeen, Isis, Nefertum dan Hathor ditemui. Selain itu, juga ditemui patung Imhotep, dewa perubatan serta arkitek terkenal Mesir Purba.

Imhotep adalah seorang pegawai dan kaunselor dalam kepimpinan Firaun Djoser, abad ke-27 SM, seperti yang dipetik dari Britannica. Dia dipercayai sebagai arkitek Piramid Djoser-piramid tertua di Mesir. Rekod kuno yang ditulis ratusan tahun selepas kematiannya memuji kebolehan perubatannya yang luar biasa. Kemudian diikuti kemunculan komuniti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
