
KUALA LUMPUR – Babah Ventures Sdn Bhd (Babah Ventures) syarikat yang mengoperasikan restoran dan kios di bawah jenama Bumbu Babah yang menjual makanan nasi padang, mengunjurkan untuk menambah cawangan sehingga mencapai 100 cawangan menjelang tahun depan.
Buat masa ini, syarikat yang telah beroperasi kurang daripada tempoh dua tahun, telah memiliki 60 cawangan di pelbagai lokasi strategik di Semenanjung Malaysia.
Menurut Pengasas Bersama Babah Ventures, Mohamad Hanaffi Razak, tujuh daripada 60 cawangan tersebut dimiliki oleh ibu pejabat manakala bakinya dikendalikan oleh usahawan-usahawan tempatan.
“Sebuah cawangan bergantung kepada pelbagai faktor boleh menelan kos sehingga lebih RM400,000 dan kami bakal meluaskan lagi peluang pembukaan lebih banyak cawangan sehingga ke pasaran Sabah Sarawak malah ke negara jiran untuk tempoh jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bumbu Babah Warisan dan juga kempen Equity Crowdfunding …
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: