Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menerusi satu perkongsian di Facebook semalam menerima satu aduan berkenaan kes membunuh anjing terbiar menggunakan busur dan anak panah oleh seorang lelaki.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Lelaki tersebut bertindak kejam dengan membunuh anjing tersebut dengan melepaskan beberapa anak panah sehingga satu daripadanya masih tertanam di muka anjing tersebut. Kejadian dilaporkan berlaku di satu kawasan di Setapak, Wangsa Maju.
Kejadian yang dikatakan berlaku pada Khamis lalu, dirakam seorang individu dan turut dikongsi oleh pihak SAFM di media sosial. Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan seorang lelaki memegang panah sebelum beberapa kali melepaskan anak panah ke arah anjing.
“Menurut video yang dihantar, suspek kelihatan mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing terbiar. Suspek tanpa membuang masa menembak anjing malang itu apabila dia mempunyai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: