PETALING JAYA – Burger King Malaysia menggabungkan budaya pop Jepun dengan cita rasa tempatan menerusi kerjasama eksklusif bersama francais anime popular, Naruto.
Untuk masa terhad, jenama makanan segera itu melancarkan promosi bertemakan Naruto yang menawarkan pengalaman unik di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara.
Fokus utama kempen tersebut ialah koleksi lapan mainan Naruto edisi terhad dengan setiap pembelian hidangan King Jr. Meal.
Mainan diberikan secara rawak, menjadikan setiap lawatan ke Burger King peluang berharga untuk melengkapkan koleksi.
Hidangan King Jr. Meal menawarkan pilihan menu empat keping nugget, BK Chick’N Crisp, atau burger keju bersama kentang goreng dan Milo, semuanya dihidangkan dalam beg khas kanak-kanak Naruto.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati hidangan Burger Sate istimewa yang diperkenalkan sempena kempen, iaitu Sate Tendercrisp, dengan ayam goreng rangup…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: