Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Belas Bulan

today26 January 2024

Background


Berita yang menggembirakan buat ekonomi Malaysia pada minggu ini apabila Bursa Malaysia mencatatkan paras harga tertinggi dalam tempoh 17 bulan pada hari ini.

Sebagai rekod, Bursa Malaysia ditutup kepada 1,506,28 mata manakala beberapa jam sebelum kaunter bursa ditutup FBM KLCI berjaya mencecah 1,509.39 mata.

Artikel Berkaitan:

Dilaporkan sebanyak 580 kaunter mengalami kenaikan, 477 kaunter menurun dan 445 kaunter tidak mengalami perubahan harga.

Saham syarikat YTL Corp muncul sebagai syarikat dengan kenaikan terbanyak sebanyak 8 sen menjadikan saham ini bernilai RM2.45 seunit.

Saham syarikat PETRONAS Gas meningkat 8 sen kepada RM17.72, Genting meningkat 7 sen kepada RM4.77 dan CIMB turut meningkat kepada RM6.18 seunit.

Menjengah ke pasaran serantau Asia, pasaran bursa Jepun menurun sebanyak 1.34%, Hong Kong menurun sebanyak 1.6% dan Korea Selatan pula menurun sebanyak 0.33%.

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Luar Negara

Penyokong Israel guna AI ‘jajah’ media sosial

Washington: Penyokong Israel dikesan cuba membanjiri media sosial dengan propaganda sekali gus mengatasi kandungan pro-Palestin dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor Washington Post. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 January 2024