Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bursa Malaysia Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lapan Bulan

today16 November 2023

Background


Sebuah berita yang membanggakan dan menggembirakan ramai apabila Bursa Malaysia dilaporkan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dari lapan bulan pada Rabu lalu.

Difahamkan para pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat tidak lagi akan meneruskan kitaran kenaikan kadar faedahnya selepas data Oktober menunjukkan inflasi negara itu telah menyusut.

Pada 16 November jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.04 peratus atau 15.12 mata untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada 1,466.84

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.94 bilion unit bernilai RM2.21 bilion daripada 3.08 billon unit bernilai RM1.77 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng. Sumber: Smart Investor Malaysia

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, memberitahu Bernama, FBM KLCI berjaya melepasi paras rintangan pada 1,465, disokong oleh belian kukuh daripada dana asing dan pelabur runcit dengan pasaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post