Jika sebelum ini tular mengenai kisah warga asing yang dianiayai pihak majikan, lain ceritanya pada kali ini apabila seramai 733 pekerja Bangladesh yang dibawa ke negara ini untuk bekerja di Pengerang, Johor menerima tunggakan gaji lebih RM1 juta.
Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JKTSM), arahan pembayaran itu dibuat selepas pihaknya melaksanakan prosiding pendengaran kes tuntutan buruh tidak diberi pekerjaan seperti dijanjikan selepas dibawa masuk ke negara ini.
Katanya, prosiding berkenaan dilaksanakan pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dengan kehadiran majikan dan pekerja serta disaksikan pegawai Kedutaan Bangladesh, Isnin lalu.
“Kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama dengan pembayaran gaji sejumlah RM1,035,557.50 kepada pekerja berkenaan.
“KSM menegaskan pekerja yang dibawa masuk dan tidak diberikan pekerjaan masih menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar gaji pekerja seperti ditegaskan Menteri Sumber Manusia pada 16 Januari 2024 semasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: