
PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) baru-baru ini melancarkan Burwood, fasa kediaman bertanah terbaharu di perbandaran 16 Sierra, Puchong Selatan yang menawarkan 102 unit rumah berkembar dua tingkat bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman bersepadu dan hijau.
Dibangunkan di atas tanah seluas 11.6 ekar, Burwood dengan nilai pembangunan kasar RM208 juta menampilkan dua koleksi utama, iaitu The Collections yang mempunyai 92 unit kediaman dan The Edition dengan 10 unit vila bersaiz lebih besar.
Setiap unit memiliki sehingga 5+1 dan 6+1 bilik tidur, lengkap dengan taman peribadi selebar sekurang-kurangnya 10 kaki. Reka bentuk siling setinggi 12 kaki di kedua-dua tingkat menambah keselesaan dan pengudaraan.
Burwood juga menampilkan kemudahan moden dan keselamatan termasuk sistem rumah pintar, penggunaan air panas berkuasa solar, kunci digital, sistem penuaian air hujan, serta pemantauan CCTV di seluruh kawasan pembangunan berpagar dan berpengawal. Anjung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: