Site icon Kool FM

Busana @ Menara Mara penuhi keperluan beli-belah Syawal


KUALA LUMPUR – Busana @ Menara Mara bekerjasama de­ngan Mads Karnival untuk menyediakan satu destinasi istimewa bagi usahawan tempatan khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana serta yang bersaiz mikro menjual pelbagai keperluan hari raya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), Faizul Idzhar berkata, kempen jualan tersebut bertemakan Pesona Raya Bersama Oyen: Perjalanan Meriah Bersama Si Oyen yang menerapkan budaya, keceriaan dan tradisi dalam suasana penuh berwarna-warni.

Menurut beliau, bersempena Aidilfitri tahun ini, pihaknya mencari kelainan dengan menampilkan maskot kucing oren yang comel iaitu Si Oyen yang membawa keceriaan dengan tema batik yang unik.

“Pengunjung akan disajikan dengan dekorasi batik yang memukau, promosi istimewa, pameran seni kraf tempatan, serta pelbagai aktiviti menarik yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Busana @ Menara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version