KEPALA BATAS – Jenama pakaian wanita mampu milik, by LR oleh syarikat bumiputera, Iwan Industry Factory Sdn. Bhd. mengunjurkan perolehan jualan sehingga RM12 juta pada tahun ini.
Pengasas syarikat, Raudhah Che Wan berkata, nilai sasaran tersebut mampu dicapai memandangkan koleksi pakaian yang ditawarkan kepada kumpulan sasaran dijual pada harga berpatutan selain kualiti fabrik dan coraknya yang mampu memenuhi permintaan pasaran.
Menurut beliau, dengan rangkaian koleksi pakaian pada harga serendah RM69 sehingga RM129 sehelai untuk dipadankan oleh pelanggan dari usia 18 tahun ke atas itu membolehkan jenama byLR terus mendapat perhatian baik di pasaran seluruh negara.
“Sebanyak 10,000 helai pakaian dijangka habis terjual dalam bulan Ramadan kali ini dengan nilai jualannya adalah sebanyak RM1 juta.
“Koleksi baharu ini juga adalah untuk memenuhi permintaan umat Islam membuat persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: