Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebuah pencapaian yang membanggakan buat C.I. Holdings Bhd (CIHB) apabila berjaya merekodkan peningkatan keuntungan bersih tahunan berakhir 30 Jun 2021 sebanyak RM116.09 juta berbanding RM45.31 juta pada tahun lalu.
Syarikat ini turut merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 22% kepada RM3.14 bilion berbanding RM2.57 bilion pada tahun lalu. Harga saham bagi syarikat ini turut mencatatkan peningkatan sebanyak 232 peratus daripada 18.59 sen kepada 43.19 sen seunit.

Menurut pengerusi CIHB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, prestasi positif syarikat ini berjaya dicapai susulan margin yang lebih baik serta pengurusan kos yang efektif. Kekurangan kontena muatan penuh (FCL) juga berjaya ditangani dengan baik sewaktu pandemik melanda.
“Pengurusan berkesan isu logistik yang dihadapi semasa tempoh ini adalah penting kerana syarikat mengeksport lebih 95 peratus produk kepada pelanggan di 100 negara,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: