
PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM20 juta naik sebanyak 105.13 peratus bagi suku keempat berakhir 30 September 2025 (S4 TK2025).
Ia mencatat keuntungan bersih kelapan berturut-turut bagi sukuan tanpa memperoleh subsidi kerajaan dan turut disumbangkan oleh faktor kecekapan operasi yang kukuh bagi perniagaan ternakan ayam bersepadunya.
Melalui keputusan yang baik ini, Lembaga Pengarah juga telah mencadangkan dividen akhir satu sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2025.
Pengarah Urusan Kumpulan CAB, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian ini dan ia menandakan suku keuntungan yang kelapan berturut-turut sejak penghentian subsidi kerajaan.

“Pertumbuhan berterusan ini disumbangkan terutamanya pada peringkat operasi, menunjukkan syarikat cekap dan boleh berkembang maju tanpa subsidi.
Tambahan pula, keputusan ini juga dicapai tanpa sumbangan daripada Cargill…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: