Site icon Kool FM

Cabaran 4 Wakil Malaysia Di Suku Akhir Terbuka Switzerland 2024

Terbuka Switzerland 2024


Selepas berakhirnya saingan All England, cabaran pemain badminton negara beralih ke Kejohanan Terbuka Switzerland 2024 yang sudah memasuki saingan suku akhir, malam ini.

Seramai empat wakil negara berjaya meneruskan kemaraan menerusi Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

Baca Juga:

Hasrat untuk melihat Lee Zii Jia turut melayakkan diri tidak kesampaian selepas beliau tewas ‘straight set’ di tangan pemain India, Srikanth Kidambi.

Berdasarkan ‘Order of Play’ yang dikeluarkan penganjur kejohanan, Wei Chong-Kai Wun akan beraksi pada perlawanan pertama jam 9.00 malam, Hon Jian-Haikal dijangka beraksi pada 10.05 malam dan kemudiannya disusuli Soon Huat-Shevon kira-kira jam 10.40 malam.

Sementara itu, Tang Jie dan Ee Wei yang merupakan pasangan beregu campuran nombor satu negara hanya akan beraksi pada jam 1.50 pagi esok.

Jadual perlawanan suku akhir Terbuka Switzerland 2024…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version