Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Cabaran Zii Jia, Yew Sin-Ee Yi Terhenti Di Separuh Akhir

today26 March 2023

Background
Yew Sin


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Hasrat untuk melihat Lee Zii Jia dan gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi beraksi di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 tidak kesampaian apabila perjuangan mereka terhenti di separuh akhir, sebentar tadi.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pemain pilihan kedua kejohanan dilihat tidak mampu menjelmakan aksi seperti kebiasaan hingga menyaksikan beliau tunduk mudah ditangan wakil Jepun, Koki Watanabe 11-21, 14-21 dalam tempoh masa hanya 26 minit.

Menanti Watanabe di pentas akhir yang dijadualkan berlangsung malam esok adalah pemenang antara pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan Chou Tien Chen dari Chinese Taipei.

Sementara itu pasangan beregu nombor dua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang beraksi lebih awal gagal meneruskan kecemerlangan pada set kedua untuk tewas 19-21, 21-17, 17-21 bertemu gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Tertinggal sejak awal set pertama, Yew Sin dan Ee Yi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kempunan untuk menempah slot final Terbuka Switzerland selepas tewas di tangan gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan separuh akhir, sebentar tadi.

today26 March 2023